Thursday, July 2, 2009

cerpen "Sampai Syurga" oleh nath

"Ecah". aku terdengar seseorang memanggil namaku. Lantaas aku berpaling mencari gerangan empunya diri. Di satu sudut, kelihatan seorang dan beberapa orang rakannya melambai-lambai kepadaku. Aku hanya tersenyum melihatnya, dan tiba-tiba... "Ape senyum-senyum. Ingat orang suka kat dia lah tuh. Dah lah gemuk, banyak jerawat, tak ada sapa nak lah weh" dia mula menghina aku. Aku hanya tunduk lalu beredar.




"Kau tak boleh mengis, kau kene tabah. Tuhan saja nak uji kau" kata hati ku.





"Selesai sahaja waktu persekolahan, aku terus pulang kerumah dengan muka mencuka. "Ecah, kenapa?". Tanya papaku. "Tak ada pape lah papa". Jawab ku. Aku terus lalu menuju ke bilik. Lalu menatap muka ku di cermin. "Hodoh sangat kah aku?". "Gemuk sangat kah aku?". "Kenapa semua orang menghina aku?". Lalu dengan tidak semena-mena, air mataku tumpah membasahi pipi. Tanpa aku sedari, aku terus terlena hingga ke maghrib.



"Ecah !, oooo ecah !,". Terdengar suara mama memanggil ku. "Ecah bangun nak, dah nak dekat mghrib nih". Panggil mamaku. "Ye lah ma". Jawab ku. Lantas aku bangun, mandi dan sembahyang asar yang tertangguh tadi. Aku turun ke bawah rumah dan seperti biasa, sunyi sepi. Mungkin papa belum pulang lagi. Mama pula mungkin berada di kamarnya. Aku anak tunggal. Tiada adik beradik yang menemani ku. Saban hari aku kesunyian. Papa ku mempunyai sebuah syarikat yang agak besar di ibu kota. Mungkin suatu hari nanti aku akan menerajui syarikat papaku nanti. Mana lah tau. Mama ku pula seorang peguam. Aku tidak berminat untuk menjadi peguam. Tambahan pula, aku tidak berkeyakinan tinggi dengan rupa paras ku ini.




"Keesokkan harinya aku pergi kesekolah seperti biasa. Drebar yang menghantar aku. Sampai saja di kelas... "Selamat pagi gemukkkk!". Kata ketua kelas ku. Aku memandangnya. "Apa kau nak ha!, tak abis-abis buli aku, kutuk aku. Kau pikir kau ensem sangat ke ha?". Jerit ku. Panasku tidak tertahan. Baran ku telah maximum. Tidak tertahan lagi. "Memang aku ensem pon. Nape?, Kau jeles keh?. Kau tu dah lah bunjit, gemuk, hodoh, bodoh, tak pandai melawa langsung. Orang tua kau dah lah kaya, tapi kau..... "Panggggggggs!!". Dengan tidak semena-mena tanganku hinggap di mukanya. Rasa kau. Satu kelas melopong melihat aku. "Ha!, asal kau diam?. lawanlah aku, pukul lah aku. Cepat!. Aku tau lah aku nih hodoh, tak chantek macam perempuan lain. Tapi kau tak patot buat aku macam nih. Aku pon manusia biasa macam kau. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya. Termasuk jugak kau!". Sudah lama aku pendamkan perasaan ini, akhirnya keluar jugak. Tapi kali ini aku tidak akan menangis. Aku kene kuat. Lantas aku berjalan menuju ke tandas. Kelas sewaktu itu sunyi sepi. Semua pelajar kelas mengekori ku dengan jelingan mata. Peduli apa aku. huh !.



"Tamat saja persekolahan, aku terlihat mama melambai-lambai tangannya memanggil ku di luar sekolah. Aku segera mendapatkan mama dengan penuh tanda tanya. Apahal orang tua nih tibe-tibe jeh jemput aku. Selalunya Pak Kuyub. Mane dia pergi?. Sakit kut. Aku membuat kesimpulan sendiri. Sepanjang perjalanan suasana suram sahaja. Tiba-tiba. "Ecah, mama nak cakap sikit". kata mama. "Cakap lah ma". Jawab ku. " Minggu depan kita akan berpindah terus ke Singapore. Kita akan terus tinggal disana. Papa nak buka syarikat disana. Mama pun sama. "Abes tu Ecah kene ikut lah ma?". Kata ku dengan nada yang lemah. Mood ku bertukar suram. "Ye lah. Tak kan nak tinggal sini kot". Jawab mamaku. Aku melontarkan pandangan ku jauh ke luar jendela kereta. "Nanti kemas semua barang Ecah". Kata mama. "Yelah ma". Kata ku tanpa membantah. Sebenarnya aku tidak mahu kesana. Aku tak nak tinggal kan Malaysia. Negara yang sangat ku sayang. Tambahan pula, aku tak nak tinggalkan seseorang yang sangat aku sayang dan tak nak kehilangan dia. Tapi nak buat macam mana. Kata ibu bapa kene kita turuti.



Esok adalah masa untuk aku berangkat ke Singapore. Kesemua telah ku bereskan. Empat buah beg pakaian, dua kotak pelbagai barangan dan Combi teddy-bear kesayangan ku.Itu sahaja. selepas selesai mengemas, aku terpandang beberapa album gambar dipenjuru almari. Lalu ku menatapnya satu persatu. Ada kalanya aky gelak sendiri. Ada kalanya aku sedih sangat. Aku melayan perasaan ku sendiri. Teringat peristiwa seminggu lepas. Aku bergaduh hebat dengan ketua kelas ku. Mohd Faizal. Ya Dialah orang nya, yang selalu mengutuk, memaki, menghina diri ku. Salah seorang yang sangat digilai oleh pelajar perempuan di sekolah ku (Smk Teluk Belanga). Jai yang mempunyai darah kacukan. Ayahnya berbangsa arab dan ibunya berbangsa melayu tulin. Hidungnya mancung, kulitnya putih bersih dan orangnya tinggi lampai.




"Weh Jai, dengar cite si gemuk tu nak blah". Kata Fiqrie. "Pergi kemana?". Soal Jai pula. "Ntahlah, tapi dengar cite pergi Singapore. Tinggal terus kat sana." Tegas Fiqri. Muka Jai mula berubah dan diam membisu. "Ai jai, tak kan sedih kut". Fiqrie terus ketawa. "Woi mana ada lah, memandai jeh kau, Bagus lah tuh dia dah blah. Aman sikit dunia". Kata Jai. Tawa mereka mula kedengaran. Tiba-tibe, Fiq terdiam dan bersuara. "Jai, tuh makwe kesayangan kau tuh". Kata Fiq. "Mana?". Soal Jai. "tu ha lah, ape kata kau luahkan perasaan kau kat dia. Alah olok-olok jeh. Nak tegok jugak muka dia macam mana". mereke terus ketawa terbahak-bahak. "Ah, malas aku, tak ade taste lah". Tegas jai. "Alaaa, kau nih. Dia dah nak bla dah". Seloroh Fiq. Akhirnya Jai akur juga dengan permintaan kawan nya itu. " Hai Ecah?". Tanya Jai. Ecah diam sahaja tanpa sebarang reaksi. Pandang pun tidak. "Sebenarnya saya nak mintak maa....... "Jai tepi!". Jerit ecah kuat. Tiba-tiba muncul kereta ntah dari mana. Aku sangka kami sempat mengelak daripada dilanggar, tetapi nasib Jai tidak menyebelahinya. Aku lihat sekujur tubuh Jai terpelanting di tengah jalan dengan berlumuran darah. Aku lalu berlari laju kearahnya. Tanpa mempedulikan orang ramai yang berkerumun melihat kejadian tersebut, aku memangku kepala Jai. "Jai jangan tinggalkan ecah, cuba bertahan. Jai akan selamat. Percayalah". Aku menangis sambil memberikan kata-kata semangat untuk dia bertahan. Mulutnya bergerak-gerak, cuba mengatakan sesuatu, lantas aku aku mendekatkan telingaku kepadanya. "Ecah, sebenarnya Jai sukakan Ecah. Janji Ecah akan bersama Jai?". Aku sebak mendengar kata-katanya, walaupun badan dan mukanya berlumuran darah, tetapi dia tetap tenang dan tersenyum. "Jai bawa mengucap, bawa mengucap Jai. Ingat ALLAH". Aku melihat Jai semakin lemah dan tidak berdaya. Setelah mengucap dua khalimah syahadah, Jai menghembuskan nafasnya yang terakhir dipangkuanku.


Setelah selesai mengebumian jenazah Faizal, ibunya memberikan aku sebuah bungkusan. Setelah pulang aku tidak sabar untuk mengetahui apakah isi didalam bungkusan tersebut. Lantas aku membukanya. Aku mendapati isi didalam nya sebuah album gambar, sepucuk surat, dan senaskah kitab YASSIN. Aku terpaku sejenak. Aku mebuka surat yang diberinya terlebih dahulu.




Assalamualaikum... Kehadapan Nur Aishah Roslinda yang disayangi. Mesti aishah terkejutkan membaca surat Jai ni?. Sebenarnya ada sesuatu yang ingin Jai beritahu kepada Aishah. Sudah lama Jai menyimpan hasrat ini. Jai sebenarnya sudah jatuh hati kepada Aishah. Jai sukakan Aishah, cuma Jai tidak diberikan kesempatan waktu untuk memberitahu. Aishah mesti terkejutkan?. Ya Aishah, Jai memang suka kan Aishah dari dulu lagi. Cuma Jai takut. Jai takut untuk memberitahu Aishah. Jai takut Aishah tidak akan menerima Jai. Jai memang jahat, Jai selalu buli Aishah, kutuk Aishah, hina Aishah kan?. Sebenarnya Jai tidak ada niat langsung Aishah. Sikit pun. Jai buat begitu kerana nak kan perhatian Aishah. Ya Ca. Jai mintak maap Aishah. Jika kesalahan Jai ini menyakitkan hati Aishah. Tapi percaya lah Jai memang tersangat-sangat sayangkan Aishah. Nur Aishah Roslinda, walaupun ramai pelajar perempuan meminati saya, tetapi, bagi saya, awak lah secantik-cantik manusia. Jai nak Aishah tahu yang Jai sangat menyayangi Aishah seadanya. Jangan ditanya kenapa, Aishah sudah ada jawapannya. Jika Jai sudah tiada lagi didunia ini, sedekahkan surah YASSIN pemberian Jai. Jika didunia kita tiada jodoh, di syurga lah jodoh kita.



sekian

Muhammad Faizal Afiq.

11 mei 2009



Aku berasa sebak membaca surat tersebut. "Ya Jai, Ecah sudah lama maaf kan Jai.Ecah juga berperasaan seperti Jai. Ya, sama Jai. Ecah juga suka kan Jai. Ecah memang sudah jatuh hati kat Jai. Walaupun Jai selalu sakitkan hati Ecah. Tetapi tidak mengapa, Ecah sayangkan Jai. Betul kata Jai, jika didunia kita tiada jodoh, di akhirat lah jodoh kita". Aku tidak dapat menahan air mataku dari berjujuran. Selesai saja membaca surat tersebut, aku teruskan rancangan aku untuk membuka album gambar. Alangkah terkejutnya, apabila aku mendapati isi album itu penuh dengan gambar ku. Aku tidak tau masa bila dia mengambil gambar ku. Ade tengah gelak, menangis, posing pon ada?. Aik biar betul dia nih. mmm. Masa bila Jai tangkap gambar ni. Tak perasan pulak.



Akhirnya aku teruskan juga niat papa dan mama ku untuk ke Singapura. Amat berat rasanya untuk meninggalkan tempat ini. Sebelum pulang aku sempat menziarahi kubur arwah Faizal. Selamat tinggal Muhammad Faizal Afiq, suatu hari nanti kita pasti akan bertemu.



p/s: cerpen ini tiada kene mengene antara hidup atau yang telah meninggal dunia. Jikalau ada nama yg sama, itu kebetulan sahaja. Harap maklum. Aku tau ade yang ramai bace cerpen nih?, kan?, hehe. Perasan lah aku nih. Ehh, lagi satu. cerpen ini dikarang oleh nath sendiri. Tiada copy+paste. Cerpen ini dibuat pertama kali. Kalau ada yang tak kene kerr, paham2 je laa. haha.








3 comments:

Siti nathrah said...

cerpen ini tkde kne mngene yg hidup or yg meninggal dunia.

Anonymous said...

waah... bestnya cerpen nih... nak menangis la... uuwaa....

Siti nathrah said...

haha. nagis jeh. tk pe. ;)